Qinqiang, yang juga dikenali sebagai "memetik rambang" (random pluck) atau "Bangziqiang", berasal daripada opera Xiqinqiang (Voice of West Qin).
Opera Qinqiang ini mula-mula muncul di provinsi Shaanxi, Gansu, Qinghai dan Wilayah Autonomi Hui Ningxia serta Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, di sebelah barat laut China. Ia telah diperkenalkan ke bahagian tengah, timur dan selatan China oleh peniaga Shaanxi pada zaman Dinasti Ming dan Dinasti Qing, dan menjadi sejenis opera yang disukai ramai dalam kalangan rakyat China.
Muzik opera Qinqiang dapat digolongkan kepada dua jenis, iaitu yang bernada riang untuk meluahkan perasaan riang dan gembira, dan yang bernada murung untuk menyampaikan perasaan marah, tertekan, sunyi dan sepi.
Kebanyakan opera Qinqiang dihasilkan berasas kepada cerita sejarah, cerita dongeng dan cerita rakyat. Antara sirinya yang popular termasuk "Chun Qiu Bi" (Spring and Autumn Record), "Heshi Serahkan Batu Jed", "Yu Hu Zhui" atau "Loket Jed Berbentuk Harimau", "Istana Zixia", "Menjual Gunung Huashan" dan "Gunung Lintong".