Cari:
Kuil Lama Yonghegong Beijing
2011-01-12 13:48:51 CRI Cetak

Kuil Lama Yonghegong ini merupakan satu-satunya bangunan purba di China yang mempunyai keistimewaan seni bina etnik-etnik Han, Manzhu, Mongol dan Tibet.

Kuil agama Buddha mazhab Tibet yang luas lantainya mencatat lebih 60 ribu meter persegi ini, mempunyai seribu buah dewan dan rumah. Ia asalnya merupakan rumah yang dibina oleh Maharaja Kangxi Dinasti Qing untuk putera mahkotanya pada tahun 1694. Pada tahun 1723, putera mahkota tersebut naik takhta dan menjadi Maharaja Yongzheng. Baginda telah berpindah ke istana di Kota Larangan dan bangunan asalnya itu telah menjadi Kuil Lama Yonghegong agama Kuning.

Agama Kuning merupakan salah satu mazhab agama Lama, manakala agama Lama tergolong dalam agama Buddha yang popular di kawasan Tibet dan Mongolia Dalam China.

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China