Paisheng
Paisheng, alat muzik tiupan klasik etnik Dai ini, mempunyai sejarah agak lama. Ia sangat popular di beberapa buah provinsi di bahagian barat daya China, termasuk Yunnan, Guizhou, Guangxi, Hunan dan Sichuan.
Alat muzik ini terdiri daripada 14 batang paip yang dibahagikan kepada dua barisan dan diikat bersama dengan jalur buluh. Bentuknya mirip Paixiao, yang terpilih menjadi lambang muzik kebangsaan China.
Bunyi yang dihasilkan oleh alat muzik ini latang dan jelas, dan penuh dengan ciri-ciri tempatan. Ia sesuai untuk menghasilkan pelbagai irama, baik irama yang cepat dan rancak, mahupun irama yang lembut dan tenang.
Alat muzik ini selalu dimainkan untuk persembahan solo atau berkumpulan, atau sebagai alat muzik untuk mengiringi persembahan nyanyian dan tarian ketika perayaan dan pesta rekreasi diadakan.