Fangsheng
Fangsheng yang dicipta pada zaman Dinasti Qing (tahun 1644 hingga 1991 Masihi) ini, merupakan sejenis alat muzik jenis Sheng yang sangat popular di provinsi Henan di bahagian tengah China.
Alat muzik ini mendapat nama yang sedemikian kerana embrionya berbentuk empat segi ("Fang" bermaksud "empat segi" dalam bahasa Mandarin). Pada bahagian embrionya yang diperbuat daripada kayu atau tembaga itu, dipasang 14 batang paip yang dibahagikan kepada dua barisan.
Alat muzik ini sering dimainkan untuk mengiringi penyanyi dalam sesuatu persembahan. Bunyi yang dihasilkannya agak lantang, dan sangat merdu didengar.