Selamat Tahun Baru China. Dalam ruangan "Persada Muzik" kali ini, saya secara khusus akan menghidangkan beberapa buah karya muzik yang bercirikan China untuk menambah kegembiraan saudara sepanjang tempoh cuti ini, di samping menyampaikan harapan baik kami kepada saudara.
Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati muzik Guangdong yang berjudul "Pukul Genderang dan Gong untuk Musim Bunga". Muzik Guangdong ialah sejenis muzik yang amat popular di kawasan Delta Sungai Mutiara, selatan China. Iramanya merdu dan amat bercirikan tempatan. Karya muzik "Pukul Genderang dan Gong untuk Musim Bunga" dimainkan dengan alat muzik tradisional China untuk memeriahkan suasana sempena menyambut Tahun Baru China.
Seterusnya saya akan menyiarkan karya muzik "Tarian Tajik" yang dimainkan oleh Liuqin, alat muzik petikan yang dibuatkan daripada kayu willow dan bentuknya mirip dengan daun pokok willow. Nada yang dimainkannya amat tinggi. Etnik Tajik tinggal di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, kawasan barat China. Karya muzik ini menceritakan penduduk etnik Tajik menyambut pesta dengan gembira.
Guzheng dianggap sebagai salah sejenis alat muzik petikan yang tertua di China. Ia mempunyai sejarah selama lebih 2 ribu tahun. Bunyi yang dihasilkan oleh Guzheng ini padat dan jelas, sangat merdu didengar. Ia sesuai dimainkan untuk menggambarkan suasana yang tenang dan indah, atau untuk meluahkan perasaan yang seni.
Seterusnya, saya akan menyiarkan muzik alat Guzheng yang berjudul "Sungai Liuyang". Muzik ini digubah diadaptasikan lagu rakyat provinsi Hunan yang judulnya sama yang menceritakan perasaan cinta rakyat Hunan terhadap kampung halaman dan kehidupan mereka.
Seruling merupakan alat muzik tiupan tradisional yang paling popular di China. Di muzium provinsi Zhejiang China, tersimpan beberapa seruling buatan tulang yang mempunyai sejarah kira-kira 7 ribu tahun. Seruling itu bentuknya sama dengan seruling pada zaman ini. Pakar berkenaan menganggap seruling buatan tulang itu ialah seruling yang paling tua di China. Kira-kira pada 4,500 yang lalu, alat muzik ini mula diperbuat daripada buluh. Alat muzik ini bukan sahaja dapat menghasilkan irama yang panjang dan tinggi, malah dapat memainkan muzik tarian yang riang gembira serta nada minor yang lembut dan halus.
Sekarang saya akan menyiarkan karya muzik yang berjudul "Gembira" yang menceritakan kegembiraan selepas tuaian hasil pertanian dicapai oleh para petani.
Sheng, sebagai alat muzik tiupan tradisional China yang bersejarah lama, bunyi yang dikeluarkan oleh alat muzik ini sangat merdu didengar. Sekarang saya akan menyiarkan karya muzik yang khusus dimainkan oleh Sheng yang berjudul "Burung Phoenix Terbang". Karya ini diciptakan pada tahun 1950-an dan mendapat sambutan baik di kalangan rakyat China.
Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati orkestra alat muzik tradisional China yang paling terkenal, yang berjudul "Longtenghuyue".
Sekianlah rancangan kali ini. Saya di Beijing, mengucapkan Selamat Tahun Baru China kepada saudara sekalian, di mana juga suadara berada! Semoga saudara gembira dan sihat selalu.