Cari:
Yuan Shikai, Pencuri Pencapaian Revolusi Domekratik China
2011-01-18 09:48:13 CRI Cetak

Yuan Shikai dilahirkan pada tahun 1859 di sebuah keluarga pegawai di Provinsi Henan. Disebabkan gagal dalam peperiksaan untuk memilih pegawai kerajaan, ia menyertai tentera.

Pada tahunn 1882, kerajaan Korea meminta kerajaan Dinasti Qing untuk membantu menghapuskan kumpulan pemberontak dalam negeri itu. Yuan Shikai ikut tentera Dinasti Qing memasuki Korea dan telah memperlihatkan kebakatannya dalam kegiatan membanteras kumpulan pemberontak. Pada tahun itu, Yuan Shikai dilantik sebagai Menteri Perdagangan Kerajaan Qing merangkap Gabenor Korea.

Selepas perang antara Dinasti Qing dengan Jepun pada tahun 1894, kerajaan Dinasti Qing yang kalah dalam perang itu merancang menubuhkan tentera baru. Yuan Shikai secara aktif meminta untuk bertanggungjawad atas tugas tersebut. Ia mempelawa pegawai tentera dari Jerman untuk membantu melatih tentera angkatan darat yang baru di Xiaozhan Tianjin. Dalam gerakan pembaharuan yang dianjurkan oleh Kang Youwei dan disokong oleh Maharaja Guangxu Dinasti Qing, Yuan Shikai pernah berjanji kepada pihak pembaharu bahawa ia akan membawa pasukan barunya masuk ke Beijing untuk mengepung Taman Yihe atau dikenali Summer Palace dan menahan Ibu Suri Cixi yan gmenyokong kaum konservatif. Bagaimanapun, Yuan Shikai tidak bertindak sedemiki. Ini mengakibatkan Maharaja Guangxu ditahan oleh Ibu Suri Cixi dan pembaharuan itu gagal. Yuan Shikai mendapat kepercayaan dari Ibu Suri Cixi dan dilantik sebagai Gabenor di Provinsi Shandong. Semua pasukan baru yang dilatih oleh Yuan Shikai juga mengikutnya ke Shandong untuk menghapuskan pemberontakan kaum tani Kumpulan Yihetuan di Jinan, Provinsi itu.

Pada tahun 1900, tentera lapan negara asing menyerangi bersama Beijing. Pasukan baru yang dipimpin oleh Yuan Shikai tidak mengambil langkah untuk melawan pencerobohan tentera asing itu, tapi menyediakan perlindungan kepada Ibu Suri Cixi yang melarikan diri dari Beijing. Akhirnya, Yuan Shikai mendapat lebih banyak pujian kerena telah menjamin keselamatan Ibu Suri Cixi dalam perjalanan kembali ke Beijing. Tidak lama lagi, Yuan Shikai telah memegang kuasa politik, dan ketenteraan dari kerajaan pusat Dinasti Qing. Pasukan baru yang di bawah pimpinannya telah berkembang menjadi kira-kira 90 ribu orang. Yuan Shikai menjadi panglima tentera yang paling berpengaruh di China. Dalam pembaharuan pada penghujung pemerintahan Dinasti Qing, Yuan Shikai menggubal undang-undang baru, menganjurkan pendidikan moden dan mengembangkan pengangkutan yang moden. Bagaimanapun, kekuatannya yang terlalu besar juga mengakibatkan kecurigaan daripada keluarga diraja, Yuan Shikai dipecat daripada jawatannya pada tahun 1908 dan kembali ke kampung halaman.

Hingga 10 Oktober tahun 1911, revolusi demokratik China bermula, kerajaan Dinasti Qing gagal menggerakkan pasukan baru dan terpaksa melantik Yuan Shikai sebagai Perdana Menteri Kerajaan Dinasti Qing. Dengan kekuatan tentera yang besar, Yuan Shikai membanteras kaum revolusi sambili menghubunginya secara diam-diam. Akhirnya, disebabkan kaum revolusi yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat-sen tidak mempunyai kekuatan tentera yang cukup, beliau bersejutu jika Maharaja Dinasti Qing turun takhta dan menyokong sistem republik, Yuan Shikai boleh menjadi Presiden sementara pertama Republik China. Meskipun demikian, Yuan Shikai tetap tidak puas hati. Pada Disember 1915, ia naik takhta dan mengumumkan memulihkan sistem pemerintahan beraja. Bagaimanapun, dengan tentangan dari seluruh negara, 3 bulan selepas itu, Yuan Shikau terpaksa membatalkan sistem pemerintahan beraja lagi dan memulihkan Republik China, impian menjadi maharajanya hanya diteruskan selama 83 hari sahaja. Pada 6 Jun tahun 1916, Yuan Shikai meninggal dunia di Beijing.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China