Cari:
Rumah Tamu Negara Diaoyutai
2011-01-19 11:12:41 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Rumah Tamu Negara Diaoyutai terletak di bahagian timur Tasik Yuyuantan, Daerah Haidian Beijing. Ia merupakan Istana Maharaja China pada zaman purba dan kompleks bangunan wisma tetamu kebangsaan pada masa ini. Maharaja Zhangzong, pada zaman Dinasti Jin (1168-1208) memerintahkan untuk membina sebuah istana diraja dan tempat memancing ikan di sini. Menurut sejarahnya, nama "Diaoyutai" berasal dari cerita ini. "Diaoyutai" bermakna tempat memancing ikan dalam bahasa Mandarin. Ini bermakna kawasan ini telah bersejarah selama 800 tahun. Pada zaman Dinasti Qing, Maharaja Qianlong (1711-1799) telah mengeluarkan perintah untuk mengorek Tasik Yuyuantan dan membina istana maharaja di daerah ini.

Selepas tahun 1959, Rumah Tamu Negara Diaoyutai mulai digunakan secara khusus untuk meraikan para pemimpin negara dan tokoh-tokoh ternama dari luar negara dan menjadi tempat penting untuk pemimpin China melaksanakan tugas hubungan diplomatik dengan luar negara.

1 2 3
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China