Cari:
"Dewa Puisi" Li Bai (2)
2011-01-19 19:03:50 CRI Cetak
Bagaimanapun, penjelajahan Li Bai yang dilakukannya selama 10 tahun tidak mendatangkan apa-apa hasil pun. Selepas itu, beliau meneruskan penjelajahannya sejauh ke Tai Yuan dan Chang'an di utara dan negeri Qi dan negeri Lu di timur. Pada masa itu, Li Bai memilih menginap di Rencheng, Shandong (Bandar Jining, Provinsi Shandong sekarang). Sejak itulah, Li Bai sudah mengenali ramai tokoh ternama, dan menghasilkan karya yang cemerlang dalam jumlah yang besar. Nama "Li Bai" sudah pun mula meniti di bibir rakyat China berkat kebakatannya yang besar dalam bidang menghasilkan puisi.

Pada tahun pertama dalam zaman Tianbao Dinasti Tang (pemerintahan Raja Xuanzong), iaitu tahun 742 Masehi, Li Bai dapat disyorkan oleh Wu Renjun, seorang penganut Tao yang berprestij tinggi ketika itu, dan dipanggil oleh Raja Xuanzong masuk istana. Kemudian, beliau dilantik oleh baginda untuk menjawat jawatan "Hanlin".

Tidak lama selepas itu, Li Bai terpaksa meninggalkan ibukota Chang'an pada sekitar tahun 744 atau 745 Masehi kerana difitnah oleh beberapa bangsawan yang bertikai dengannya. Beliau turut berhijrah ke kawasan aliran sungai Yangtze dan sungai Huai, dengan hidup dalam ribuan gelisah.

Pada musim sejuk tahun 755 Masehi yang juga dikenali sebagai tahun ke-14 zaman Tianbao Dinasti Tang, An Lushan, seorang pegawai yang menjawat jawatan Gabenor ketika itu melancarkan pemberontakan terhadap kerajaan pusat. Sementara Li Bai, yang sedang bertapa di Gunung Lu pada masa itu, diundang oleh Putera Yong, Li Lin yang mengetuai tenteranya menyerang dari timur bagi mematahkan pemperontakan An Lushan. Kemudian, Li Bai dapat berkhidmat dalam tentera Li Lin. Cuma, pada suatu ketika selepas itu, Li Lin memberontak kepada Raja Suzong sehingga rusuhan yang dilancarkannya dipadamkan oleh Baginda. Li Bai, sebagai salah seorang pengikutnya, juga ditangkap dan dijatuhi hukuman dibuang ke Yelang (di provinsi Guizhou sekarang). Tetapi, beliau amat bertuah kerana dapat menikmati amnesti pada pertengahan perjalanan ke destinasti itu.

Selepas dibebaskan dari menjalankan hukuman, Li Bai mengutamakan aktivitinya di Xunyang (bandar Jiujiang, Provinsi Jiangxi sekarang) dan (bandar Xuancheng, provinsi Anhui sekarang). Beliau meninggal dunia di Kaunti Dangtu, Provinsi Anhui pada tahun 762 Masehi, iaitu tahun pertama dalam zaman Raja Daizong.

Li Bai hidup pada fasa yang paling makmur dalam zaman Dinasti Tang, dan menumpukan segala tenaganya untuk merealisasikan cita-citanya yang mulia bagi memajukan negara. Karya-karyanya bukan sahaja mencerminkan ekonomi yang makmur ketika itu, tetapi juga mendedahkan kekotoran politik yang wujud dalam golongan pemerintah. Li Bai berani membuat sindiran yang tajam terhadap golongan elite dan berjuang melepaskan diri daripada belenggu apa yang disebut "kesantunan masyarakat". Beliau giat mengejari kebebasan dan sama sekali tidak berganjak dalam usaha yang gigih bagi merealisasikan cita-citanya.

Jika dilihat dari segi kesenian, karya-karya Li Bai penuh dengan khayalan yang segar dan mengejutkan, penuh dengan emosi yang meluap-luap dan gambaran-gambaran yang ditunjukkannya indah lagi megah. Beliau pandai memilih kata-kata yang singkat dan tepat sehingga membentukkan gayanya tersendiri yang terbuka hati. Pencapaiannya dalam bidang puisi membantu mendorong seni puisi yang bersifat romantik pada zaman purba ke satu tahap yang belum pernah begitu tinggi dalam sejarah China.

Jumlah karya ciptaan Li Bai sudah dikenal pasti sebanyak lebih 900 buah, dengan yang paling terkenal ialah "Album Li Tai bai".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China