Cari:
Wayang Kulit Yang Paling Awal
2011-01-24 11:50:21 CRI Cetak

Menurut cerita yang dicatat dalam buku sejarah China, kira-kira 2,000 tahun yang lalu, Puan Li, gundik yang paling dicintai oleh Maharaja Wu Dinasti Han meninggal dunia kerena penyakit. Maharaja Wu merasa sangat sedih hingga tidak mahu menguruskan pentadbiran. Seorang pegawai kanan, Li Shaoweng merasa bimbang terhadap keadaan tersebut. Pada suatu hari, ketika berjalan, beliau melihat bebeapa kanak-kanak sedang memainkan boneka, bayangan boneka di bumi nampaknya seperti orang yang benar. Li Shaowen segera mengarah tukang melukis gambar Puan Li, dan membuat patung yang diperbuat daripada kain menurut gambar itu, mengikat batang kayu pada kaki dan tangan patung itu. Selepas itu, beliau mempersilakan baginda duduk di belakang tirai sutera. Setelah lilin dinyalakan, bayangan Puan Li mulai bergerak pada tirai tersebut, seperti orang yang benar. Ini sangat menggembirakan Maharajan Wu. Perkara ini dianggap merupakan catatan terawal tentang wayang kulit di China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China