Cari:
Opera Tempatan Provinsi Shaanxi: Errentai
2011-01-25 15:30:44 CRI Cetak

Errentai yang mempunyai sejarah lebih 100 tahun ini, ialah sejenis opera tempatan yang sangat popular di bahagian barat Mongolia Dalam serta beberapa kawasan di provinsi Hebei, Shanxi dan Shaanxi. Dalam proses perkembangannya, Errentai di keempat-empat kawasan tersebut sudah mewujudkan gaya seni masing-masing yang tersendiri. Jika bandar Hohhot dijadikan sebagai sempadan, Errentai ini boleh terbahagi kepada dua jenis, iaitu yang bergaya barat dan yang bergaya timur. Errentai yang bergaya barat ini digelar "muzik Mongolia", manakala Errentai yang bergaya timur ini pula digelar "Opera Bengbeng" atau disebut Errentai sahaja. Terdapat lebih daripada 100 buah cerita yang selalu dipersembahkan dalam opera ini.

Pementasan opera Errentai menggabungkan nyanyian, tarian dan lakonan. Nada suara penyanyi bagi opera ini agak banyak. Errentai yang bergaya barat ini banyak menerap unsur opera dan muzik etnik Mongol. Errentai yang bergaya timur pula banyak dipengaruhi oleh Daoqing (gaya persembahan yang mengisahkan cerita melalui nyanyian dengan iringan muzik).

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China