Cari:
Lagu Nyanyian Jin Man
2011-01-25 14:03:44 CRI Cetak

Sebagai hidangan pertama, marilah kita bersama-sama menikmati lagu yang berjudul "Cuban Emas, Cuban Perak". Lagu ini amat popular di China pada tahun 1980-an. Iramanya rancak dan amat disukai golongan muda.

Ji Man dilahirkan di provinsi Heilongjiang, kawasan utara China. Pada tahun 1977, beliau memasuki Sekolah Seni Provinsi Heilongjiang untuk mempelajari seni suara. Selepas tamat sekolah itu dengan markah yang amat tinggi, beliau dipilih menjadi penyanyi Kumpulan Opera Jabatan Politik Tentera Udara China. Pada tahun 1984, oleh sebab beliau berjaya melakonkan watak "Kakak Jiang" dalam opera yang juga berjudul "Kakak Jiang", beliau memperolehi "anugerah bunga Mei", anugerah opera peringkat negara China yang paling tinggi.

Sekarang marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Pujian terhadap Bunga Mei", sebuah lagu dalam opera "Kakak Jiang" yang dinyanyikan oleh Jin Man. Lagu ini telah menceritakan tentang kakak Jiang yang berani dan bijak.

Suara Jin Man amat merdu. Selain menyertai pementasan opera, beliau juga pandai menyanyi pelbagai jenis lagu dan mendapat sambutan baik daripada para pendengar.

Seterusnya saya akan menyiarkan lagu "Askar Wanita" yang menggambarkan semangat tentera wanita China pada zaman ini.

Akhir sekali, marilah kita bersama-sama menikmati lagu "Aku Bahagia Kerana Aku Dilahirkan di China".

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China