Cari:
Chen Duxiu, Pemimpin Gerakan Budaya Baru China
2011-01-26 10:35:32 CRI Cetak

Chen Duxiu ialah pemimpin gerakan budaya baru China pada awal abad ke-20, pencipta dan juga pemimpin awal Parti Komunis China (PKC). Beliau dilahirkan pada tahun 1879, pernah melanjutkan pelajaran ke Jepun dan menyertai gerakan untuk menggulingkan pentadbiran Dinasti Qing.

Pada tahun 1915, Chen Duxiu menerbitkan majalah "Belia Baru" di Shanghai yang mempromosikan fikiran demokratik dan sains moden, mengkritik fahaman, budaya, moral dan sistem etika lama yang telah ketinggalan zaman. Majalah ini telah membawa pengaruh besar kepada fikiran belia China pada masa itu. Pada awal tahun 1916, Chen Duxiu dilantik sebagai ketua akademi budaya Universiti Peking. Chen Duxiu telah memberikan sokongan sepenuhnya kepada gerakan patriotik 4 Mei tahun 1919 yang diadakan oleh kaum belia dan pelajar dan memperkenalkan Marxisme. Pada tahun 1920, dengan bantuan Komunis Antarabangsa, Chen Duxiu menubuhkan kumpulan komunis pertama di Shanghai China. Beliau juga menubuhkan kumpulan komunis di Guangdong sebagai persiapan untuk penubuhan Parti Komunis China. Serentak itu, beliau juga mendraf "Manifesto Parti Komunis China".

Pada bulan Julai tahun 1921, dalam Sidang Kongres Kebangsaan Parti Komunis China pertama yang diadakan di Shanghai, Chen Duxiu dipilih menjadi setiausaha PKC dan terus menyandang jawatan pemimpin tertinggi PKC sampai Kongres Kebangsaan PKC ke-5. Beliau juga pernah membantu Dr. Sun Yet-sen untuk menyusun semula Kuomintang.

Pada tahun 1922, Parti Komunis China bekerjasama dengan Kuomintang untuk melancarkan perang terhadap pasukan tentera raja perang yang menduduki bahagian utara untuk menyatukan China. Pada 7 Ogos tahun 1927, Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China mengadakan mesyuarat untuk memecatkan jawatannya. Pada bulan Mei tahun 1942, beliau meninggal dunia kerana penyakit.

Mendiang Presiden Mao Zedong pernah menilai Cheng Duxiu bahawa Chen Duxiu merupakan sarjana yang patut dihormati, beliau mempromosi fahaman demokratik dan sains moden di China dan memberikan sumbangan luar biasa kepada penubuhan Parti Komunis China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China