Liuli atau dikenali glis ialah sejenis kristal buatan manusia di China. Kononya liuli ini dikeluarkan pada tahun 493 sebelum Masehi ketika Fan Li bertugas menempa keris untuk Raja Yue. Fan Li berpendapat bahan ini ialah inti sari dari langit dan bumi dan menyumbangkannya kepada raja. Raja menyanjung tinggi jasa Fan Li dan menganugerahkan bahan yang istimewa ini kepadanya dan menamakan bahan ini "li". Fan Li mencari tukang yang mahir untuk membuat li ini menjadi sebuah barang kemas dan menghantarnya kepada kekasihnya, Xi Shi. Tidak lama kemudian, negeri Yue ditewas oleh negeri Wu, Xi Shi terpaksa dihantar ke negeri Wu untuk berkahwin dengan Raja Wu. Ketika berpisah, Xi Shi menghantar balik li kepada Fan Li, sebutir air matanya jatuh pada li. Kononnya, sampai sekarang kami masih dapat lihat ada sebutit air mata beralir dalam li. Li ini juga dipanggil liuli oleh orang ramai.