Cari:
Leyou
2011-01-31 09:47:59 CRI Cetak

Leyou

Leyou, yang juga dikenali sebagai Lelang ini, ialah sejenis alat muzik tiupan yang sangat popular dalam masyarakat etnik Buyi dan etnik Miao yang tinggal di provinsi Guizhou di bahagian barat daya China.

Alat muzik yang diperbuat daripada kayu ini, panjangnya kira-kira 40-50 sentimeter. Pada bahagian tubuhnya ditebuk lima hingga enam buah lubang bunyi. Bunyi yang dihasilkannya jelas dan lembut, amat merdu didengar.

Cara bermain alat muzik ini hampir sama dengan Sona, sejenis alat muzik tiupan klasik dalam masyarakat bangsa Han yang berasal dari kawasan Parsi dan Arab pada zaman silam.

Alat muzik ini sering dimainkan untuk meluahkan rasa cinta pada kekasih.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• PM Li Sampaikan Laporan Kerja Kerjaan dalam NPC

• Sungai Khalkhyn
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China