Cari:
Hu Shi, Sarjana Terkenal pada Zaman Dekat dan Zaman Moden China
2011-02-13 14:44:42 CRI Cetak

Hu Shi dilahirkan pada tahun 1891 di Provinsi Anhui. Pada tahun 1904, beliau bersekolah die Shanghai dan bermula menerima pengetahuan sains dan budaya dari Barat serta fikiran dari Liang Qichao, pembaharu terkenal pada zaman penghujung pentadbiran Dinasti Qing. Pada tahun 1910, Hu Shi melanjutkan pelajarannya ke A.S.. Dalam tempoh ini, beliau secara mendalam menyelidik politik, sosial dan ekonomi A.S. dan melahirkan fahaman sendiri terhadap demokrasi, kebabasan, sains dan kemanusiaan.

Setelah kembali ke tanah air pada tahun 1917, Hu Shi dipelawa menjadi profesor Universiti Peking. Pada tahun itu, beliau mulai menyertai pengeditan majalah "Belia Baru", mempromosikan bahasa Mandarin yang moden dan juga pembaharuan sastera. Selepas tercetusnya gerakan 4 Mei 1919 yang berjuang untuk mewujudkan demokrasi di China, Hu Shi mengekalkan pendirian reformasi terhadap politik pada masa itu dan menentang penyebaran fahaman Maxisme. Pada tahun 1929, dengan menimpa pengalaman Barat, beliau mencadang untuk menubuhkan kerajaan demokratik, dan menjadikan politik demokratik borjuis sebagai sasaran yang dijuangkannya sepanjang umur.

Dalam penyelidikan keilmuan, Hu Shi mencadang menyusun dan menilai semula kebudayaan tradisional China. Usahanya dalam bidang ini menjadikan beliau salah seorang pengasas keilmuan dan sastera moden China. Di samping itu, penyelidikannya terhadap buku klasik China "Mimpi di Bilik Merah" membuka aliran baru dalam ilmuan penyelidikan terhadap buku tersebut.

Setelah tercetusnya perang antipencerobohan Jepun, Hu Shi berpendapat bahawa China terlalu lemah berbanding dengan Jepun, maka beliau tidak bersetuju untuk melawan tentera Jepun. Bagaimanapun, sebagai Duta Besar Republik China ke A.S., beliau berusaha sedaya upayanya untuk mendapat sokongan pelbagai negara Barat terhadap China. Pada tahun 1946, beliau menjawat Presiden Universiti Peking. Pada tahun 1949, Hu Shi meminda ke A.S.. Pada tahun 1958, beliau dilantik sebagai Ketua "Insititut Pengajian Pusat" Taiwan hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1962.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China