Pada mula-mulanya, Sima Zhen sudah pun terpikat oleh Li Bai yang kelihatan tampan dan berkrisma, tubuh badannya tinggi, dan tingkah lakunya bersopan santun. Apalagi setelah membaca karyanya yang mempunyai corak tersendiri, Sima Zhen terkagum dan terus menyuarakan pujiannya, "orang ini ibarat dewa dari kayangan, malah bakatnya dalam bidang kesusasteraan boleh menjadikannya sebagai teladan dewa-dewi."
Perkataan Sima Zhen tersebut adalah pujian yang tertinggi terhadap seseorang yang berbakat mengikut ajaran Tao. Maksudnya hampir sama dengan pujian yang disuarakan oleh He Zhizhang (seorang penyajak yang tersohor) kemudiannya yang amat terkagum dengan kebakatan miliki Li Bai dan terus melontarkan perkataan "Zhe Xian Ren" yang bermaksud "dewa yang hidup dalam buangan di khalayak".
Sementara itu, Li Bai berasa amat digalakkan selepas diberi penghargaan yang begitu tinggi daripada Sima Zhen. Penyajak itu memutuskan untuk mengejari cita-cita yang mulia, malah menjelajahi dunia yang penuh dengan fantasi yang digambarkan oleh Sima Zhen. Kerana menurut pandangan Sima Zhen, dunia seumpama itu sesuai dengan "dewa yang berbakat" seperti Li Bai.
Dirangsang oleh rasa gembira, Li Bai segera menghasilkan sebuah "Fu" (sejenis bentuk sastera tradisional China pada zaman purba) dengan diberi tajuk "Da Peng Yu Xi You Niao Fu". Beliau menyifatkan diri sendiri sebagai "Da Peng", sejenis burung helang yang raksasa lagi bergerak pantas. "Fu" itu merupakan artikel yang pertama yang membantu Li Bai menyebarkan namanya di negara China.
Jiangling, bandar pertama dalam penjelajahan Li Bai sejak beliau meninggalkan kampung halamannya, dilihat sebagai permulaan proses perjuangan penyajak itu dalam arena politik, dan permulaan riwayat hidupnya sebagai sasterawan bagi menghasilkan karya-karya yang cemerlang satu demi satu.
Setelah meninggalkan bandar Jiangling, Li Bai memilih berjelajah melalui bandar Yueyang, dan terus menuju ke selatan hingga destinasinya, Tasik Dongting. Pada suatu hari, ketika Li Bai bersiar-siar di Tasik Dongting dengan menaiki perahu, seorang kawannya yang bernama Wu Zhinan yang menemaninya sejak sekian lama selepas beliau meninggalkan kampung halaman di Provinsi Sichun, meninggal dunia secara mendadak akibat penyakit parah. Li Bai berasa agak sedih dan terus berlutut di sebelah jenazah kawannya. Kemudian, beliau menangkis sekuat-kuatnya sehingga menjadikan mereka yang berjalan kaki melalui tempat itu pun terharu.
Li Bai terpaksa menerima kenyataan yang amat menyedihkan itu. Memanglah malang jika ditimpa nahas seumpama itu dalam perjalanan penjelajahan. Beliau mengebumikan jenazah kawan itu di pinggir Tasik Dongting untuk sementara waktunya, lalu meneruskan penjelajahannya ke timur. Li Bai bercadang memindahkan bangkai kawan itu balik ke kampung halamannya apabila beliau menyelesaikan penjelajahan ke kawasan bahagian tenggara negara ini.
Selepas itu, Li Bai tiba di Gunung Lu di mana beliau menghasilkan sebuah puisi yang sangat terkenal yang bertajuk "Wang Lu Shan Pu Bu" yang bermaksud "melihat air terjun di Gunung Lu".