Cari:
Qin Liangyu, Hulubalang Perempuan Yang Satau-satunya Tercatat dalam Sejarah Rasmi (I)
2011-02-18 14:33:29 CRI Cetak

Dalam kalangan rakyat China teredar banyak cerita tentang pahlawan perempuan pada purbakala, seperti Hua Mulan, Puteri Pingyang, Fan Lihua, hulubalang-bulubalang perempuan keluarga Yang dan Liang Hongyu. Bagaimanapun, mereka ada yang merupakan watak dalam cerita saja, ada yang bukan hulubalang rasmi dalam tentera. Dalam sejarah China, hulubalang perempuan yang mendapat pengesahan kerajaan hanya seorang sahaja, iaitu Liang Hongyu yang pernah mendapat pujian tinggi dari Maharaja Chongzhen, Dinasti Ming (1368-1644) dan tercatat dalam 25 buah buku catatan sejarah yang disunting secara rasmi oleh pemerintahan pelbagai dinasti.

Pada tahun 1574, Qin Liangyu dilahirkan dalam sebuah keluarga etnik Miao di Provinsi Sichuan. Beliau mempunyai dua abang dan seorang adik lelaki. Selain mengajar mereka budaya tradisi, bapanya juga mengajar mereka kepandaian memainkan pelbagai senjata, menunggang kuda dan memanah. Ketika masih kecil, Qin Liangyu telah mempunyai keazaman untuk menjaga keselamatan negara dan mempunyai bakat yang luar biasa dalam pelajaran budaya dan kepandaian berperang. Bapanya pernah berkata, "Bakat abang dan adik lelaki jauh lebih rendah berbanding kau. Sayang sekali, kau seorang perempuan. Jika kau seorang lelaki, pasti dapat menjadi hulubalang pada masa depan." Qin Liangyu menjawab dengan tegas bahawa, "Jika memegang kuasa tentera, saya pun dapat mentadbirkan sebuah kota atau memimpin sebuah pasukan."

Sebagai seorang perempuan yang luar biasa, syaratnya untuk memilih suaminya pula sangat tinggi. Untuk memilih jodoh, satu pertandingan kepandaian berperang telah diadakan di rumahnya, sesiapa yang dapat menewaskannya akan menjadi suaminya. Dalam pertandingan itu, beliau mengenali Ma Qiancheng, pegawai tentera dari Shizhu, sebuah kaunti yang tidak jauh dari kampung Qin Liangyu. Nenek moyang Ma Qiancheng ialah Ma Yuan, panglima yang sangat terkenal pada Dinasti Han (206BC-220AD).

Pada tahun 1592, Qin Liangyu berkahwin dengan Ma Qiancheng. Tugas Ma Qiancheng ialah melatih pasukan dan mengawal Kaunti Shizhu yang kebanyakan penduduknya juga orang etnik Miao. Di Shizhu, kebakatan berperang Qin Liangyu telah memainkan peranan besar. Dalam tempoh beberapa tahun sahaja, beliau telah membantu suaminya melatih sebuah pasukan yang bernama "askar batang putih" yang sangat berani dan pandai berperang. Dalam tempoh tersebut, anak lelakinya, Ma Xianglin pula dilahirkan.

Pasukan "askar batang putih" menggunakan sejenis tombak yang batangnya dibuat daripada kayu putih. Senjata ini dicipta oleh Qin Liangyu. Di hujung tombak ini ada sebuah cangkuk besi dan di hujung bawahnya ada sebuah lingkar besi. Selain digunakan sebagai senjata, tombak ini dapat saling menyambung untuk membantu askar mendaki tembok kota atau gunungterjal , sangat sesuai untuk berperang dalam pergunungan. Ribuan askar batang putih yang di bawah pimpin Ma Qiancheng dan Qin Liangyu telah menjadi pasukan tentera yang terkenal dalam sejarah China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China