Pada hari Qing Ming", orang ramai akan menziarahi ke kawasan perkuburan, membakar colok, meletakkan makanan dan buah-buahan di depan jirat kaum keluarga dan menimbuni tanah di atas jirat lama supaya jirat itu menjadi lebih tinggi dan kukuh. Selepas itu, ahli keluarga akan menjalani upacara penyembahan kepada nenek moyang dan mencurahkan minuman di depan jirat.
Data-data meteorologi menunjukkan bahawa kebanyakan kawasan di China biasanya mengalami hari mendung atau hari hujan pada hari Qing Ming. Suasana ini akan menyebabkan bertambahnya rasa sedih dan rasa rindu orang ramai terhadap orang yang sudah pergi.
Penyajak terkenal China pada abad ke-9 Masihi, Du Mu pernah menulis sajak Qing Ming yang berbunyi, "hujan turun tidak henti-henti pada hari Qing Ming, mereka yang dalam perjalanan untuk menziarahi kubur kaum keluarga juga kelihatan berperasaan sedih yang amat sangat..."
Hingga hari ini, orang China masih mengamalkan adat resam yang diwarisi secara turun-temurun. Oleh sebab China mengamalkan peraturan pembakaran mayat, maka orang ramai biasanya hanya meletakkan bunga-bungaan di depan jirat kaum keluarga pada hari Qing Ming.
Walau bagaimanapun, hari Qing Ming bukanlah hanya dikaitkan dengan kesedihan, tapi juga dikenali sebagai musim untuk memijak rumput-rumput yang kembali menghijau iaitu tibanya masa orang ramai keluar untuk menikmati keindahan musim bunga.