Cari:
Sanya
2010-06-17 16:20:26 CRI Cetak

Slogan Bandar: Sanya, Bandar yang Indah dan Romantik

Tempat: Terletak di selatan Provinsi Hainan yang merupakan saru-satunya provinsi yang terletak di kawasan tropika dan dikenali sebagai pintu selatan China.

Bandar Sanya yang terletak di kawasan selatan Pulau Hainan ini merupakan satu-satunya bandar pelancongan yang terletak di kawasan tropika di seluruh China. Alam sekitar di sekeliling Sanya amat istimewa. Gunung, sungai dan laut bergabung di bandar ini, menjadikan pemandangan di sini amat unik. Cahaya matahari, air laut, pantai yang berpasir, cuaca, hutan, mata air panas, binatang, gua, desa serta adat resam merupakan 10 jenis sumber pelancongan di Sanya. Bandar ini juga termasyhur dengan beberapa destinasi pelancongan yang menarik, antaranya Gunung Nanshan dan kawasan pelancongan Tian Ya Hai Jiao yang juga dikenali sebagai Hujung Dunia.

Sanya merupakan pintu untuk negara-negara di kawasan panas berhubung dengan China, dan ini memberikan kesan yang positif kepada bandar tersebut dalam bidang komunikasi antarabangsa. Sanya juga merupakan bandar pelancongan terbuka yang terawal di China. Berdasarkan dasar keutamaan kerajaan, para pelancong dari A.S., Rusia, Jerman, Australia, Jepun, Thailand dan Perancis boleh mengunjungi bandar Sanya tanpa visa untuk jangka masa 15 hari. Selain itu, pelancong dari negara-negara yang lain pula boleh mendapatkan visa pelancong setelah sampai ke di sini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China