Cari:
Buku Harian Satria di Guangzhou pada 13 Disember 2010
2010-12-13 17:00:19 CRI Cetak

Sukan Paraasia ke-10 telah dirasmikan di Guangzhou malam semalam. Dalam tempoh 7 hari ke depan, 116 orang atlet Malaysia akan bertanding dalam 15 jenis sukan. Semoga Malaysia dapat mencapai sasarannya, iaitu lapan pingat emas.

Sebalum pertandingan bernula, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan isterinya, Tun Jeanne Abdullah telah melawat ke perkampungan atlet untuk memberi semangat kepada atlet. Bekas keluarga pertama ini memang sangat mementingkan sukan OKU, sebab saya masih ingat sempena Sukan Paralimpik 2008 diadakan di Beijing, Tun Jeanne Abdullah juga pernah datang ke Beijing untuk memberi semangat kepada atlet Malaysia. Ini mungkin benar-benar membangkitkan semangat kontinjen Malaysia, dalam pertandingan renang hari ini, Malaysia mempunyai permulaan yang cukup memuaskan, iaitu dua pingat emas. Menurut pandangan saya, Yusup Dewa dan Zul Amirul Sidi Abdullah masih berpotensi untuk menggondol lebih banyak pingat untuk Malaysia dalam pertandingan seterusnya.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China