Sukan Para Asia ke-10 yang diadakan di Guangzhou hari ini memasuki hari ke-5. Sebagai Presiden Jawatankuasa Paralimpik Asia, Dato' Zainal Abu Azrin setiap hari berkejar ke pelbagai stadium dan gimnasium untuk memberikan sokongan kepada para atlet kurang upaya dari seluruh Asia. Pagi tadi, Dato' Zainal telah diwawancara oleh wartawan CRI di Guangzhou. Beliau menyanjung tinggi Sukan Para Asia kali ini yang dianjurkan oleh Tuan Rumah Guangzhou sebagai tuan rumah.
Meskipun ini merupakan Sukan Para Asia ke-10, tapi dulu temasya sukan ini disebut Sukan Orang Kurang Upaya Timur Jauh dan Pasifik Selatan (FESPIC). Ini merupakan kali pertama Sukan Para-Asia diadakan berikutan dengan Sukan Asia, dan peringkat kedua-dua temasya ini pula jauh berbeza. Dato' Zainal memaklumkan bahawa,
Setiap hari, para atlet kurang upaya di sini berusaha sedaya upaya untuk memperlihatkan prestasi mereka melalui latihan yang luar biasa. Menurut Dato' Zainal, semangat atlet kurang upaya ini patut dipuji dan mempromosi semangat mereka kepada seluruh masyarakat juga membawa makna yang besar.
Radio Antarabangsa China CRI kali ini telah menghantar ramai wartawan yang fasih bertutur dalam pelbagai jenis bahasa yang digunakan di Asia, ke Guangzhou untuk membuat liputan Sukan Para-Asia. Setelah mengetahui bahawa CRI akan menyiarkan rancangan kita ke seluruh dunia melalui radio dan internet dengan menggunakan 61 jenis bahasa, Dato' Zainal juga menyatakan minatnya untuk terus mempererat kerjasama dengan CRI pada masa depan.