Cari:
Buku Harian Satria di Guangzhou pada 16 Disember 2010
2010-12-17 10:34:36 CRI Cetak

Hari ini di gimnasium angkat berat, saya ketemu dengan Enik Ng Keng Chuan, ketua kontinjen Sukan Paralimpik Beijing 2008, Tun Jeanne Abdullah dan Siow Lee Chuan, pemenang pingat gangsa angkat berat Sukan Paralimpik Beijing 2008. Rasanya seperti saya telah kembali ke musim panas 2008 di Beijing. Pada masa itu, Saya, Encik Ng Keng Chuan dan Tun Jeanne Abdullah perlah bersorak untuk kejayaan Siow Lee Chuan. Sebelum pertandingan, Puan Siow Lee Chuan memberitahu saya, pingat gangsa yang diraihnya pada tahun 2008 memang telah mendorong pembangunan sukan OKU di Malaysia, tapi juga memberi tekanan besar kepadanya, semua orang berharap ia dapat mencapai kejayaan yang lebih cemerlang. Bagaimanapun, Tun Jeanne Abdullah memberitahu saya, sama ada dapat meraih pingat atau tidak tidak begitu penting, Siow Lee Chuan hanya perlu memperlihatkan keupayaannya kepada semua orang yang menyokongnya. Akhirnya, Siow Lee Chuan mengatasi tekanan dan berjaya menraih pingat perak. Saya juga teringat apa yang dikatakan oleh Tun Jeanne Abdullah setelah Siow Lee Chuan meraih pingat gangsa di Beijing, "Saya merasa amat bangga,Malaysia boleh!"

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China