Salam sejahtera.
Tinggal berapa hari lagi tahun 2010 akan meninggalkan kita semua. Benarlah kata perpatah "Yang Patah Tumbuh,Yang Hilang Berganti". Iya memang benar 2010 akan meninggalkan kita semua. Meninggalkan kita untuk selama-lamanya tetapi tahun 2010 tetap menjadi ingatan kerana 2010 banyak sejarah suka duka telah saya tempuhi.
Secara ringkasnya, antara pengalaman yang paling mengembirakan buat saya pada tahun 2010 adalah saya telah menerima seorang cahaya mata lelaki, dan yang memberikan tekanan terhadap kehidupan saya pula adalah kegagalan pihak pemaju perumahan menyiapkan rumah yang telah ditandatangani mengikut tempoh yang di tetapkan.
Tahun 2011? Iya detik 2011 tidak lama lagi akan menjelma dan yang pasti seribu satu pengharapan akan di dukong bersama. Selain dari kegembiraan, kebahagian dan keamanan serta rezeki yang di berkati saya juga megharapkan pihak Radio Antarabangsa China (CRI) menaja saya serta sekeluarga bercuti ke China. Boleh ke? hehehe...
Sekian,
Ahmad Saidin
Malaysia