Cari:
Kenangan dalam Tahun 2010 dan Harapan untuk Tahun 2011
2010-12-21 18:03:50 CRI Cetak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya Hafizi Fazli berasal dari Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia.

Tahun 2010 merupakan tahun yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri saya.

Tanggal 17 Jun 2010, datuk sebelah ibu saya telah meninggal dunia setelah bertarung dengan penyakit buah pinggangnya dan usia lanjutnya. Saya amat sedih atas pemergian beliau namun jika dengan cara itu dapat menamatkan kesakitan dan derita beliau, saya redha. saya berada di sisi datuk saya sewaktu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang baik.

11 Oktober 2010 merupakan satu tanggal yang amat bermakna buat diri dan keluarga kerana saya telah bergraduasi. Saya telah mengahabiskan pengajian saya dalam jurusan Pendidikan dengan Sains major Kimia di Universiti Malaysia Sabah dan telah diberikan segulung ijazah yang amat bermakna.

25 November 2010. tarikh keramat ini menandakan permulaan lembaran baru dalam hidup saya. Saya kini bergelar seorang guru, seorang pendidik yang bertekad untuk memajukan bangsa, agama dan negara. tanggal ini saya telah melapor diri untuk bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Kemabong, Tenom. Sebuah sekolah di kawasan pedalaman negeri Sabah. perjalanan ke sekolah tersebut mengambil masa 4 jam dengan menaiki van dari Kota Kinabalu. Setibanya saya di sekolah tersebut saya amat gembira dan tidak sabar untuk mengajar.

Terdapat banyak lagi kenangan dalam tahun 2010 ini dan biarlah ia menjadi peringatan dan tauladan bagi diri saya. Sesungguhnya masa yang telah berlalu tidak mungkin boleh diputar semula.

Harapan saya untuk tahun 2011 yang bakal tiba ini agar segala apa yang telah dirancang dapat dilaksanakan, semoga pintu rezeki terbuka luas, kesihatan yang baik sepanjang masa dan kebahagian yang berpanjangan. Tahun 2011 diharapkan dapat membuatkan saya lebih matang menghadapi kehidupan sebagai seorang guru baru. semoga saya dapat mendidik anak bangsa dengan berdedikasi biarpun berada jauh.

Hafizi Fazli bin Bakar

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China