Cari:
Perkembangan Multimedia
2011-01-14 18:48:20 CRI Cetak

Julai 2006, wadah podcast berbilang bahasa yang diselidik dan dibina sendiri oleh CRI dirasmikan. Wadah ini menawarkan podcast dalam empat jenis bahasa iaitu bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, bahasa Korea dan bahasa Jepun. Ini merupakan podcast berbilang bahasa yang pertama dibuka oleh radio di negeri China. Antara bahan-bahan upload melalui wadah ini, kebanyakannya bahan audio original, antara lain juga termasuk bahan mengajar bahasa asing, talk show dan program siaran radio.

April dan Ogos 2007, radio dan TV melalui telefon bimbit sumbangan bersama CRI dengan China Unicom, dan CRI dengan China Mobile dibuka dan menawarkan perkhidmatan siaran audio, video serta muat turun.

September 2007, CRI WebCast dibuka.

Disember 2007, Institut Konfusius Radio pertama ditubuhkan di CRI. CRI menggalakkan pada peminat "belajar bahasa Mandarin dalam talian dengan menggunakan multimedia, belajar bahasa Mandarin dengan bahasa ibunda, serta belajar bahasa Mandarin melalui kelab pendengar yang terdapat di seluruh dunia".

Julai 2008, untuk memberikan perkhidmatan yang lebih bagus bagi Sukan Olimpik di Beijing, CRI Online telah membuka ruangan "Panduan untuk Orang Islam Sempena Sukan Olimpik Beijing". Ruangan ini menyediakan banyak maklumat yang berguna kepada orang Islam.

Ogos 2008, Mobile CRI versi bahasa Inggeris dan dan bahasa Mandarin dibuka pada peringkat ujian. Mobile CRI menandakan bahawa CRI mengorak satu langkah yang penting dalam mengembangkan media baru iaitu internet mobil.

Julai 2009, Mobile CRI dibuka secara rasmi di Beijing. Ini merupakan perkhidmatan media baru CRI dengan menggunakan pelbagai bahasa.

Februari 2010, e-majalah berbilang bahasa "Charm of a City", iaitu e-mejalah rasmi Ekspo Dunia 2010 Shanghai dirasmikan. Pengguna internet boleh membaca dan muat turun e-majalah ini.

23 Mac 2010, majlis pelancaran "ChineseFilms", laman web yang memperkenalkan filem China dengan menggunakan bahasa asing yang pertama di China diadakan di Hong Kong. Fungsinya laman web ini adalah untuk meningkatkan hubungan dan kerjasama kalangan filem di dalam dan di luar negara. Ia juga menyediakan wahana yang baik kepada pengguna internet untuk mengetahui lebih banyak mengenai filem China, bahkan budaya China.

April 2010, laman web "China-ASEAN" dirasmikan. Laman web ini mempunyai lapan versi, iaitu bahasa Kemboja, bahasa Filipina, bahasa Indonesia, bahasa Laos, bahasa Melayu, bahasa Myanmar, bahasa Thai dan bahasa Vietnam. Fungsinya adalah menggalakkan kerjasama dan persahabatan antara China dengan negara-negara ASEAN.

14 April 2010, laman web "Budaya dan Pelancongan China-Turki" dibuka. Laman web ini dibuat, disiarkan dan diuruskan di Turki, fungsinya memperkenalkan budaya dan maklumat pelancongan China kepada orang Turki. Ia dikenali "Laluan Sutera pada Zaman Maklumat".

Jun 2010, perkhidmatan IPTV usahasama CRI dan Microsoft dilancarkan. Dalam kerjasama ini, CRI menjadi syarikat operasi, manakala Microsoft menjadi syarikat sokongan teknologi.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China