Cari:
Perkembangan Laman Web Berbilang Bahasa
2011-01-14 18:49:29 CRI Cetak

Radio Antarabangsa China (CRI) pada masa dahulu mempunyai siaran 43 jenis bahasa. Sewaktu CRI Online dibuka pada 1998, laman web ini dalam bahasa Mandarin, Kantonis, Inggeris, Jerman dan Sepanyol dibuka terlebih dahulu.

2003, CRI Online dalam 26 bahasa dibuka, iaitu bahasa Mongol, Melayu, Thai, Filipina, Poland, Hungary, Serbia, Hausa, Hindi, Tamil, Laos, Albania, Czech, Turki, Swahili, Parsi, Pushtu, Nepal, Urdu, Kemboja, Sinhalese, Bangladesh, Myanmar, Hakka, Hokian dan Teochew. Terdapat beberapa bahasa yang telah dibuka, iaitu Perancis, Portugal, Korea, Rusia, Arab, Indonesia, Vietnam, Romania, Bulgaria, Esperanto, Itali dan Jepun. Dengan itu, kesemua 43 bahasa CRI telah membuka laman web masing-masing.

2004, CRI Online bekerjasama dengan radio tempatan Xinjiang, membuka laman web dalam bahasa Uygur, Kazak dan Kirgiz. Pada tahun 2005 pula, CRI Online bekerjasama dengan radio tempatan Tibet, membuka laman web bahasa Tibet dialek Lhasa dan dialek Kamba. Sehingga 2005, CRI Online ada 48 jenis bahasa.

2007, CRI bekerjasama dengan syarikat media Finland, membuka laman web bahasa Sweden, Denmark dan Finland di kawasan utara Eropah. Sehingga 2007, CRI Online ada 51 jenis bahasa.

2008, CRI Online membuka 6 lagi versi bahasa, iaitu Belarus, Hebrew, Greek, Belanda, Norway dan Iceland. CRI Online ada 59 jenis bahasa.

8 Februari 2010, CRI Online versi Estonia dan Lithaunia dibuka. Hingga waktu itu, CRI Online ada 61 jenis bahasa dan ini menjadikan CRI Online laman web yang versi bahasanya paling banyak di dunia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China