Berjaga sepanjang malam pada hari terakhir tahun lama menurut takwim imlek China merupakan tradisi orang China. Pada malam hari terakhir tahun lama, sekeluarga berkumpul makan malam bersama. Walaupun banyak lauk-pauk yang enak dihidangkan malam hari itu, tetapi taufu dan ikan tidak dapat dikurangkan, kerana bunyi taufu dan ikan dalam bahasa Mandarin adalah sama dengan "kaya" dan "kelebihan". Di bahagian utara China, hampir semua keluarga makan "Jiangzi". Lepas makan malam, sekeluarga berbual-bual, makan pelbagai jenis makanan, menonton TV dan membakar mercun, generasi tua akan memberikan angpau kepada kanak-kanak. Suasana hari perayaan sangat menggembirakan.
Pada 1 hb bulan 1 menurut kalender tradisional China iaitu Tahun Baru China, semua orang memakai pakaian hari perayaan menjemput sanak saudara dan tetamu atau menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. Mereka saling menyampaikan selamat Tahun Baru China dengan gembira.