Sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) dan Mesyuarat Politik Rakyat China(CPPCC) sentiasa menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat di China, malah media asing di seluruh dunia kerana pelbagai dasar dan rancangan berhubung dengan pembangunan negara akan dikemukakan dan dibahaskan. Maka tidak hairanlah begitu ramai wartawan yang datang membuat liputan tentang kedua-dua sidang, iaitu mencatat 3,000 orang.
Sidang tahunan NPC pada tahun ini dianggap lebih penting kerana Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-12 akan diluluskan selepas ia dibahaskan oleh wakil NPC dari seluruh negara ini. Langkah-langkah ke arah reformasi ekonomi akan digariskan dalam rancangan tersebut yang sebagai pelan induk kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat China dalam masa 5 tahun akan datang.
Semasa membentangkan laporan kerja kerajaan di hadapan 3,000 wakil NPC di Dewan Besar Rakyat di Beijing pada 5 Mac ini, Perdana Menteri, Wen Jiabao berkata bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar(KNDK) telah mengekalkan peningkatan yang pesat dalam tempoh 5 tahun yang lalu, iaitu meningkat pada kadar purata 11.2% setiap tahun. Menurut beliau, matlamat pertumbuhan ekonomi ialah pada kadar purata 7% setahun pada masa lima tahun akan datang, di samping itu, permintaaan dalam pasaran domestik dan usaha inovasi akan menjadi pemacu penting yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi. Selain itu, beberapa usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat juga akan diutamakan oleh kerajaan. Ini termasuk menggalakkan pengambilan pekerja, meningkatkan pendapatan rakyat dan menyempurnkan sistem jaminan sosial dari segi perumahan, pendidikan dan kesihatan. Langkah-langkah ini diambil untuk memastikan semua rakyat boleh menikmati hasil daripada perkembangan sosioekonomi negara.
Ketika menjelas mengenai dasar luar, Wen Jiabao menegaskan bahawa China akan mengekalkan perkembangan hubungan yang sihat dan stabil dengan beberapa negara besar di samping terus melaksanakan dasar luar yang "bersahabat dengan negara jiran dan menjadikan negara jiran sebagai teman", mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan negara-negara jiran.
Selain membahas beberapa draf rancangan kerajaan, wakil-wakil NPC dari seluruh negara juga akan mengemukakan usul-usul mereka yang dibuat berdasarkan hasil peninjauan dan permintaan rakyat. Apa usaha yang bakal menjadi tumpuan kerajaan China pada masa depan dan bagaimana reformasi ekonomi dilakukan, semua ini akan kita mendapat jawapan daripada sidang tahunan NPC pada tahun ini.