Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 3): Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan dalam Tempoh Lima Tahun yang Lalu (2): Mempertingkat Pembangunan Pertanian, Desa dan Kaum Tani, di samping Memperkukuh Asas Pertanian
2011-03-05 09:59:19 CRI Cetak

Kerajaan pusat telah memperuntukkan 3 trilion yuan RMB dalam membangunkan "pertanian, desa dan kaum tani". Peningkatkan peruntukan itu mencatat kadar lebih daripada 23% secara purata setiap tahun. Cukai pertanian dibatalkan dan tindakan ini meringankan beban kaum tani sebanyak 133.5 bilion yuan RMB setiap tahun. Sistem pemberian subsidi kepata petani yang bercucuk tanam serta mekanisme pemberian elaun kepada kawasan pertanian utama terbentuk, jumlah subsidi pengeluaran pertanian kepada petani mencatat angka 122.6 bilion yuan RMB pada tahun lalu. Jumlah penghasilan bahan makanan pada tahun 2010 mencapai 545 bilion kilogram, mewujudkan pertumbuhan selama tujuh tahun berturut-turut. Pendapatan per kapita kaum tani mencapai 5919 yuan, terus mewujudkan peningkatan yang pesat. Kehidupan kaum tani semakin baik dan pembangunan desa memasuki era yang baru.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China