Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 4): Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan dalam Tempoh Lima Tahun yang Lalu (3): Menggalakkan Penyusunan Semula Struktur Ekonomi dan Meningkatkan Kualiti dan Kecekapan Pertumbuhan Ekonomi
2011-03-05 09:59:23 CRI Cetak

Kerajaan menumpukan perhatian terhadap usaha mempercepat penyusunan semula struktur industri dan menggalakkan inovasi; berusaha mempromosi usaha menjimatkan tenaga dan mengurangkan pelepasan gas rumah hijau, di samping meningkatkan pembangunan ekologi dan perlindungan alam sekitar. Kerajaan menggalakkan pembangunan ekonomi yang seimbang antara pelbagai kawasan, melaksanakan strategi pembangunan kawasan, memperkenalkan dan melaksanakan rancangan pembangunan bagi beberapa kawasan utama, menyusun program panduan bagi pelaksanaan dasar pembangunan kawasan barat pada sepuluh tahun akan datang, memperkenalkan dan melaksanakan langkah menggalakkan pembangunan di Tibet, kawasan etnik Tibet di empat provinsi terbabit dan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China