Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 5): Mengimbas Kembali Kerja Kerajaan dalam Tempoh Lima Tahun yang Lalu (4): Mempertingkat Pelaksanaan Dasar Pembaharuan dan Pintu Terbuka, Meningkatkan Kedinamikan Pembangunan Sosioekonomi
2011-03-05 09:59:28 CRI Cetak

Kerajaan terus berusaha memperluas dan memperdalam tahap keterbukaan Negara. Jumlah import eksport meningkat 15.9% secara purata setiap tahun, strukturnya terus diperbaiki. Lebihan dagangan menurun selama dua tahun berturut-turut. Jumlah itu pada tahun 2010 menurun 6.4% berbanding dengan tahun 2009. Tahap penggunaan modal asing turut meningkat. Semakin banyak syarikat China meneroka pasaran di luar negara, jumlah pelaburan langsung di luar negara mencecah angka 220 bilion dolar Amerika, pendapatan urus niaga projek kontrak dengan negara luar dan projek perkhimatan luar mencapai jumlah 335.2 bilion dolar Amerika. China dengan aktif menyertai usaha membaharui mekanisme pengawalan ekonomi global dan pembinaan mekanisme kerjasama serantau, kerjasama ekonomi dan perdagangan pelbagai hala dan dua hala terus meningkat. Bantuan China kepada negara luar semakin meningkat. Pelaksanaan dasar pintu terbuka berjaya menggalakkan pembangunan ekonomi dan penyusunan semula struktur perindustrian, menambah peluang kerja dan turut dapat menarik teknologi dan pengalaman pentadbiran baik daripada negara lain.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China