Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 9): Rancangan Kerja Kerajaan Tahun 2011
2011-03-05 09:59:41 CRI Cetak

Tahun 2011 merupakan tahun pertama bagi pelaksanaan Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-12. Menjayakan pelbagai kerja pada tahun ini amat penting bagi mencapai matlamat pembangunan tersebut.

Pada tahun lepas, pertumbuhan KDNK mencatat 10.3%, pertumbuhan Indeks Harga Pengguna (CPI) terkawal di bawah 3.3%, seramai 11.68 juta orang mendapat kerja di bandar dan pekan, imbangan pembayaran antarabangsa terus diperbaiki. Ini telah menyediakan asas yang kukus bagi pembangunan tahun ini.

Pada tahun ini, ekonomi dunia akan kian pulih secara beransur-ansur, namun asasnya masih kurang kukuh. Oleh sebab itu, kerajaan perlu mengenalpasti situasi dengan betul, mengambil sikap yang berjaga-jaga untuk menghadapi pelbagai risiko dan cabaran.

Sasaran pembangunan sosioekonomi pada tahun 2011 ialah kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatat kira-kira 8%; struktur ekonomi semakin sempurna; kadar peningkatan Indeks Harga Pengguna(CPI) dikawal pada kira-kira 4%; menawarkan lebih 9 juta peluang kerja di bandar dan pekan dan mengawal kadar pengangguran di bawah 4.6%.

Kami akan terus mengamalkan dasar ekonomi makro yang berterusan stabil, fleksibel dan berkesan, menangani secara baik hubungan antara pertumbuhan ekonomi yang stabil dan mapan dengan penyusunan semula struktur ekonomi serta jangkaan terhadap inflasi. Selain itu, kami akan berusaha mengawal harga barangan dan menstabilkan pertumbuhan ekonomi.

Kami akan terus mengamalkan dasar fiskal yang positif, memelihara jumlah defisit dan bon negara pada skop tertentu. Jumlah defisit pada tahun 2011 dijangka mencatat 900 bilion yuan RMB.

Kami akan mengamalkan dasar kewangan yang stabil, memelihara skop pengumpulan dana sosial yang rasional. Sasaran jumlah peningkatan wang luas (M2) pada tahun 2011 ialah pada kadar 16%.

Kami akan terus menyempurnakan mekanisme pembentukan kadar tukaran RMB, memantau dan mengawal peralihan modal yang melintasi sempadan, dan mencegah kemasukan "wang panas". Selain itu, kami akan meningkatkan pengurusan terhadap pelaburan dalam aset simpanan serta meningkatkan keuntungan pelaburan.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China