Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 13): Rancangan Kerja Kerajaan Tahun 2011(4): Mempercepat Penyusunan Semula Struktur Ekonomi
2011-03-05 10:08:57 CRI Cetak

Kami akan mengubah kaedah pertumbuhan ekonomi dan berusaha meningkatkan permintaan dalam negeri. Selain memajukan industri pembuatan, kami juga akan mengembangkan industri yang baru, meningkatkan pembangunan sektor perkhidmatan serta industri sumber tenaga moden dan pembinaan sistem pengangkutan bersepadu.

Kami akan mendorong pembangunan yang seimbang, melaksanakan rancangan pembangunan di pelbagai kawasan. Pembangunan di kawasan barat China tetap merupakan keutamaan dalam pembangunan keseluruhan negara.

Kami akan giat mendorong urbanisasi, mewujudkan urbanisasi yang bercirikan China. Selain itu, urbanisasi, modenisasi pertanian dan pembangunan desa baru perlu dilaksanakan dengan saling mendorong.

Kami akan meningkatkan penjimatan sumber tenaga, perlindungan alam sekitar dan pembinaan ekologi untuk menghadapi masalah perubahan iklim. Kami akan menjalankan projek karbon rendah secara percubaan di bandar-bandar tertentu, meningkatkan daya untuk menghadapi masalah perubahan iklim dan cuaca yang buruk. Mewujudkan dan menyempurnakan sistem penyeliaan terhadap penjimatan sumber tenaga dan pelepasan gas rumah hijau.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China