Seiring dengan pembangunan ekonomi dan kian pesat, usaha meningkatkan pembangunan sosial dan menjamin serta memperbaiki kehidupan rakyat kian perlu diutamakan.
Kami akan berusaha sedaya upaya untuk menyediakan peluang kerja kepada rakyat, terus melaksanakan dasar pekerjaan yang proaktif. Kerajaan pusat akan memperuntukkan 42.3 bilion yuan RMB untuk membantu dan menggalakkan pekerjaan pada tahun ini. Melindungi hak dan kepentingan sah pekerja dan membina hubungan kerja yang harmoni.
Kami akan memperbaiki pembahagian pendapatan kea rah yang lebih adil dan rasional. Ini merupakan tugas yang dilaksanakan dalam jangka masa yang panjang, dan juga merupakan tugas yang perlu dilakukan sekarang. Untuk itu, tiga tindakan utama akan diambil pada tahun ini. Pertama, meningkatkan pendapatan golongan yang berpendapatan rendah di bandar dan desa. Kedua, memperbaiki pembahagian pendapatan. Mengubahsuai struktur kadar cukai pendapatan, dan meringankan beban bagi golongan yang berpendapatan rendah. Ketiga, mengawal dan mengatur struktur pembahagian pendapatan.
Kami akan mempercepat pembinaan sistem jaminan sosial bagi penduduk bandar dan desa. Memperluas kawasan contoh bagi insurans penyaraan sosial kawasan desa ke 40% kaunti di seluruh negara.
Kami akan berusaha menjalankan kawalan terhadap pasaran hartanah. Pertama, terus membina rumah jaminan kepada golongan penduduk miskin. Pada tahun ini, kerajaan akan membina atau membaikpulih rumah jaminan sebanyak 10 juta unit, serta membaikpulih 1.5 juta rumah yang akan runtuh di kawasan desa, membangunkan rumah untuk sewaan awam. Kedua, terus melaksanakan dan menyempurnakan dasar kawalan pasaran hartanah, dan menyekat trend kenaikan harga rumah yang terlalu pesat di beberapa bandar. Ketiga, membentuk dan menyempurnakan mekanisme pemeriksaan dan tanggungjawab.
Kami akan mendorong pembaharuan sektor perubatan dan kesihatan. Tahun ini amat penting bagi melaksanakan pelan pembaharuan system perubatan yang telah dilaksanakan selama tiga tahun. Maka, kami perlu berusaha untuk menjamin pelbagai matlamat dalam pembaharuan itu tercapai. Pertama, melaksanakan sistem ubat-ubatan asas negara secara menyeluruh. Kedua, menjayakan projek perintis dalam pembaharuan di hospital awam. Ketiga, meningkatkan tahap insurans perubatan asas. Memantapkan dan meningkatkan kadar penglibatan pekerja dan penduduk bandar dan desa dalam insurans perubatan. Keempat, menyelesaikan pembangunan jaringan perkhidmatan kesihatan peringkat ketiga di kawasan desa dan badan perubatan di kawasan perumahan di bandar. Kelima, menggalakkan pelabur bukan kerajaan untuk menubuhkan institusi perubatan. Melonggarkan piawaian bagi pelabur domestik dan asing untuk menubuhkan institusi perubatan.
Kami akan mendorong pelaksanaan dasar populasi dan perancangan keluarga. Kami akan memelihara kadar kelahiran pada tahap yang rendah, melindungi hak dan kepentingan kaum wanita dan kanak-kanak, mempercepat pembinaan sistem perkhidmatan terhadap orang tua, dan meningkatkan pembinaan rumah warga tua.
Kami akan meningkatkan dan membaharui pentadbiran masyarakat, menguatkan fungsi pentadbiran kerajaan, menggalakkan dan mengatur orang awam menyertai pentadbiran itu, dan memainkan peranan positif pertubuhan masyarakat agar menyempurnakan pola pentadbiran masyarakat. Kerajaan akan menyempurnakan sistem tindak balas kecemasan dan meningkatkan kemampuan masyarakat untuk menangani risiko.
Kerajaan pelbagai peringkat perlu mengutamakan pentadbiran masyarakat dan perkhidmatan awam, menyelesaikan masalah yang paling diberi perhatian oleh rakyat.