Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 18): Rancangan Kerja Kerajaan Tahun 2011 (9): Terus Meningkatkan Tahap Pintu Terbuka kepada Luar
2011-03-05 11:05:18 CRI Cetak

Pembangunan China tidak dapat dipisahkan daripada dunia. Kerajaan akan giat mengembangkan hubungan ekonomi dan perdagangan pelbagai hala dan dua hala yang saling menguntungkan, terus memperluas bidang dan ruang baru bagi pembukaan pintu. China akan terus mendorong Rundingan Pusingan Doha, menentang perlindungan perdagangan dalam apa jua bentuk, mendorong tatatertib ekonomi dunia berkembang ke arah yang lebih adil, rasional dan saling menguntungkan.

Kami akan mengubah cara pembangunan perdagangan luar, terus menggunakan kelebihan sumber manusia, mengurangkan penggunaan sumber tenaga, membangunkan industri teknologi tinggi, serta meningkatkan kualiti, prestasi dan nilai tambah. Kami akan meningkatkan pengimportan dari negara yang paling mundur dan Negara yang mengalami defisit perdagangan terhadap China, membaiki ketidakseimbangan perdagangan secara beransur-ansur, dan menyelesaikan pergeseran perdagangan dengan baik.

Kami akan mendorong pembangunan seimbang antara pelaburan di luar negara dengan penggunaan pelaburan asing. Menggalakkan syarikat meneroka pasaran di luar negara, meningkatkan bimbingan makro terhadap pelaburan di luar negara, mengekalkan dasar menggunakan pelaburan asing secara berkesan. Kami mengutamakan pengimportan teknologi tinggi dan tenaga profesional, menggalakkan syarikat transnasional menubuhkan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China, agar meningkatkan kecekapan penggunaan pelaburan asing. Menyusun katalog industri pelaburan asing, menggalakkan pelaburan asing ke dalam bidang teknologi tinggi, penjimatan sumber tenaga, perlindungan alam sekitar, industri perkhidmatan moden serta kawasan tengah dan barat China.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China