Cari:
Petikan Laporan Kerja Kerajaan China (Bahagian 20): Dasar Kerajaan Pusat terhadap Hong Kong, Macau dan Taiwan
2011-03-05 11:05:24 CRI Cetak

China akan dengan teguh melaksanakan dasar "satu negara, dua sistem", "orang Hong Kong mentadbir Hong Kong", "orang Makau mentadbir Makau" dan dasar autonomi pada tahap tinggi, menyokong wilayah pentadbiran khas Hong Kong dan Makau membangunkan ekonomi dan memperbaiki kehidupan rakyat. Menyokong Hong Kong memperkukuh dan meningkatkan kedudukannya sebagai pusat kewangan, perdagangan dan perkapalan antarabangsa. Menyokong pembangunan Makau sebagai pusat pelancongan dan rekreasi dunia, dan menggalakkan pembangunan ekonominya yang pelbagai. Memaksimumkan peranan yang istimewa Hong Kong dan Makau dalam strategi pembangunan negara.

Kami akan mengekalkan pedoman dan pelbagai dasar yang meningkatkan hubungan antara Tanah Besar dengan Taiwan, serta menggalakkan penyatuan semula tanah air secara damai dalam situasi yang baru. Kerajaan akan terus mendorong mesyuarat kedua-dua pihak, melaksanakan perjanjian rangka kerjasama ekonomi, meningkatkan kerjasama industri dan kerjasama dalam industri baru dan industri perkhidmatan moden, seperti kewangan, serta menyokong syarikat di Tanah Besar melabur di Taiwan. Kami akan mempertingkat hubungan yang saling mempercayai dalam bidang politik, memperkukuh hubungan kedua-dua pihak dan asas politik bagi pembangunan secara damai dan melindungi situasi baik ini. Kami percaya, jika rakyat China, perantau dan orang Cina di seberang laut berusaha bersama-sama, penyatuan semula tanah air secara damai pasti akan tercapai.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China