Pada tahun yang baru ini, kita akan terus menjunjung kedamaian, pembangunan dan kerjasama, mengekalkan dasar luar yang merdeka dan damai serta jalan pembangunan damai, melaksanakan strategi terbuka yang saling menguntungkan, mendorong pembangunan dunia harmoni yang kekal damai dan makmur, agar menyediakan suasana dan persekitaran luar yang lebih baik bagi pembangunan modenisasi China.
China akan mengekalkan perkembangan hubungan yang sihat dan stabil dengan beberapa negara besar, mendorong dialog dan kerjasama, meperluas kepentingan bersama dan asas kerjasama. Mengekalkan dasar luar yang "bersahabat dengan negara jiran dan menjadikan negara jiran teman", mengeratkan hubungan persahabatan dan kerjasama dengan Negara-negara jiran, mendorong proses kerjasama serantau dan subrantau. Meningkatkan persahabatan dan kerjasama dengan kebanyakan negara membangun, terus melaksanakan dan meningkatkan hasil kerjasama, dan mendorong pembaharuan cara kerjasama dan pembangunan mekanisme kerjasama. China akan melaksanakan dasar luar pelbagai hala, menjadikan Sidang Kemuncak G20 sebagai wadah untuk mendorong pembaharuan sistem ekonomi dan kewangan antarabangsa, menggalakkan pertumbuhan ekonomi yang kuat, berterusan dan seimbang, memainkan peranan yang membina dalam masalah yang menjadi perhatian global, serta menjalankan tanggungjawab dan kewajipan antarabangsa. Kerajaan dan rakyat China bersedia berganding bahu dengan masyarakat antarabangsa untuk menghadapi risiko dan cabaran, berkongsi peluang pembangunan dan menyumbang kepada usaha kedamaian dan pembangunan manusia.