Sidang Ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-11 China dirasmikan di Dewan Besar Rakyat, di Beijing pada 5 Mac 2011.
Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) yang selaku badan kuasa tertinggi China mengadakan sidang tahunan di Beijing hari ini.
Semasa membentangkan laporan kerja kerajaan di hadapan 3,000 orang wakil NPC dari seluruh negara, Perdana Menteri China, Wen Jiabao telah merumuskan pengalaman dan kejayaan dalam perkembangan sosioekonomi dalam tempoh 5 tahun yang lalu, di samping mengemukakan matlamat dan tugas kerajaan dalam masa 5 tahun akan datang.
Rancangan Pembangunan Negara Lima Tahun Ke-12 serta beberapa draf rancangan berhubung pembangunan negara akan dibahaskan dalam sidang tahunan NPC kali ini.