Cari:
Farah: Kebahagiaan Rakyat Matlamat Rancangan Pembangunan China Lima Tahun ke-12
2011-03-06 10:14:41 CRI Cetak

Setelah Perdana Menteri China, Wen Jiabao membentangkan laporan kerja kerajaan China dalam Sidang Ke-4 Kongres Rakyat Kebangsaan (NPC) Ke-11, ramai sarjana dan pakar berpendapat akan berlakunya perubahan dalam konsep pemerintahan kerajaan China. Mereka berpendapat kerajaan akan lebih memberi perhatian kepada peningkatan tahap kebahagiaan rakyat dan tidak hanya mementingkan pembangunan ekonomi semata-mata. Jika ini benar, maka ini satu pembaharuan besar. Memang hebat sekiranya kebahagiaan rakyat menjadi landasan dalam pemerintahan dan pembentukan polisi-polisi negara.

Tetapi bagaimana caranya untuk mengukur tahap kebahagiaan rakyat? Kebahagiaan itu konsep yang begitu luas dan subjektif. Mungkin peruntukan perlu disediakan dan kaji selidik perlu dijalankan untuk memantau kesan langkah-langkah kerajaan dalam usahanya untuk meningkatkan tahap kebahagiaan rakyat. Diharap setelah tamat tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-12 ini, kita akan dapat lihat laporan-laporan yang mengatakan bahawa rakyat China benar-benar "lebih bahagia".

(Farah)

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China