Menteri Sumber Manusia dan Jaminan Sosial China, Yin Weimin hari ini berkata, kadar gaji minimum di seluruh negara akan dinaikkan secara berperingkat dalam tempoh masa pelaksanaan Rancangan Lima Tahun Ke-12 ini. Kadar gaji akan dikemaskini selaras pertumbuhan ekonomi, harga barangan dan produktiviti syarikat.
Ini langkah yang penting untuk memastikan misi kerajaan China untuk "membahagiakan rakyat" dapat dicapai, kerana rakyat tidak akan berasa bahagia sekiranya pembangunan yang dikejar pemerintah itu tidak dirasai mereka dan tidak sedikitpun memudahkan hidup mereka. Sekiranya kadar gaji minimum benar-benar dinaikkan, kuranglah sedikit beban hidup bagi golongan yang selama ini terpaksa hidup dengan mengikat perut.
(Farah)