Cari:
Yunnan, China Sasarkan "Pangkalan Terdepan" yang Terbuka kepada Asia Tenggara dan Asia Selatan
2011-03-09 11:36:20 CRI Cetak

Delegasi Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) dari provinsi Yunnan sentiasa menarik perhatian orang ramai kerana ramai daripadanya ialah penduduk etnik minoriti yang memakai pakaian tradisional yang cantik lagi berwarna-warni ketika menghadiri sidang tahunan NPC di Beijing. Selain mengekalkan dan menyemarakkan budaya tradisi, wakil NPC yang berasal dari pelbagai etnik minoriti di Yunnan tidak ketinggalan juga untuk memberikan sumbangan kepada perkembangan sosioekonomi tempatan. Ini boleh dilihat daripada usul-usul yang dikemukakan oleh mereka kepada kerajaan pusat untuk terus menerajui pembangunan ekonomi dan masyarakat di Yunnan.

              Wakil-wakil NPC yang berasal dari kaum minoriti Yunnan

Untuk makluman saudara, Provinsi Yunnan yang terletak di bahagian barat daya China merupakan provinsi yang ke-8 terbesar di China dengan keluasan 394 ribu kilometer persegi, dan didiami lebih 45 juta penduduk, 1/3 daripadanya ialah penduduk etnik minoriti daripada 25 buah etnik. Yunnan bersempadan dengan tiga buah negara ASEAN, iaitu Laos, Myanmar dan Vietnam dengan garis sempadan sepanjang 4,060 kilometer.

Yunnan yang dikatakan sebuah provinsi yang taraf ekonominya yang mundur di China telah mencapai pembangunan yang amat pesat pada beberapa tahun kebelangkan ini. Malah, ibu kotanya iaitu Bandar Kunming kini menyasarkan menjadi sebuah bandar yang berperingkat di peringkat antarabangsa. Pembinaan landasan kereta api bawah tanah dan pelbagai bangunan yang bergaya moden menampakkan komitmen bandar itu untuk mencapai matlamat tersebut.

Walau bagaimanapun, perkara yang lebih menarik perhatian wakil NPC ialah bagaimana meningkatkan lagi taraf hidup rakyat. Maka, kebanyakan usul yang dibawa mereka ke sidang tahunan NPC adalah berfokus kepada isu-isu yang berkatian rapat dengan rakyat, seperti meningkatkan pendepatan penduduk, melindungi alam sekitar dan persekolahan kanak-kanak.

Wartawan mengemukakan pertanyaan kepada pegawai kerajaan tempatan Yunnan.

Selain itu, wakil NPC dari Yunnan juga memberikan perhatian kepada strategi menjadikan Yunnan sebagai "pangkalan terdepan" yang terbuka pada negara-negara Asia Tenggara dan Aisa Selatan. Strategi itu dianggap bukan sahaja akan membantu memacu perkembangan sosioekonomi tempatan, malah memberikan peluang pembangunan kepada negara-negara jiran dan serantau, dan mewujudkan pembangunan bersama.

Wartawan Agensi Berita Reuters menunjukkan keminatan terhadap perkembangan sosioekonomi Yunnan.

Strategi itu telah digariskan dalam draf "Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12" yang disedang dibahaskan dalam sidang tahunan NPC. Strategi itu dipercayai menjadi peneraju baru kepada kerjasama antara China dengan negara-negara ASEAN pada masa akan datang.

Jumlah import eksport antara Yunnan dengan negara-negara ASEAN melebihi 4.5 bilion dolar Amerika, iaitu meningkat 45.2% berbanding dengan tahun 2009. Menurut Gabenor Provinsi Yunnan, Encik Qin Guangrong bahawa masih terdapat potensi yang besar dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Yunnan dengan ASEAN memandangkan laluan pengangkutan dan infrastruktur lalu lintas yang menghubungkan kedua-dua pihak kini semakin sempurna.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China