Provinsi Yunnan, China menunjukkan kelebihan geografi yang semakin ketara dalam kerjasama dengan negara-negara di rantau Asia Tenggara dan Asia selatan, berikutan penyempurnaan infrastruktur lalu lintas dan laluan pengangkutan yang menghubungkan pelbagai negara. Demikian dinyatakan oleh Gabenor Provinsi Yunnan, Qin Guangrong ketika diwawancara oleh wartawan CRI pada 8 Mac.
Kata beliau, Yunnan akan terus mengamalkan dasar keutamaan kepada peniaga dari Asia Tenggara dan Asia Selatan yang melabur atau berniaga di Yunnan.