Cari:
Sidang Media Bersama PM Utarakan Gagasan Kerajaan
2011-03-14 14:53:04 CRI Cetak

Sidang media bersama dengan Perdana Menteri, Wen Jiabao selepas sidang tahunan Kongres Rakyat Kebangsaan China(NPC) tetap merupakan agenda yang menarik perhatian ramai pada setiap tahun, dan amat dinanti-natikan oleh pihak media.

Dalam sidang akhbar yang berlangsung selama dua jam setengah itu, Perdana Menteri, Wen Jiabao telah menjawab 12 pertanyaan yang dikemukakan oleh wartawan dalam dan luar negeri. Kebanyakan pertanyaan itu berfokus kepada isu ekonomi, pembaharuan sistem politik dan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan rakyat.

Yang lebih menarik perhatian ialah matlamat perkembangan ekonomi yang ditetapkan dalam Rancangan Pembangunan Lima Tahun Ke-12. Menurut Wen Jiabao, matlamat kerajaan bagi pertumbuhan ekonomi dalam masa 5 tahun akan datang ialah mencatat kadar 7% purata setiap tahun. Walaupun angka ini lebih rendah 0.5% jika berbanding dengan matlamat pada masa-masa dahulu, namun kerajaan tetap menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha mengembangkan ekonomi. Ini termasuk mengubahsuai kaedah perkembangan ekonomi berdasarkan inovasi teknologi, mengawal gejala inflasi dan menambah peluang pekerjaan.

Wen Jiabao berkata, ada dua perkara yang lebih penting berbanding dengan kadar pertumbuhan ekonomi, iaitu usaha pendidikan dan usaha inovasi teknologi. Kedua-dua perkara ini merupakan pemacu yang penting kepada perkembangan negara dalam jangka panjang. Beliau juga menegaskan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi tidak seharusnya dijadikan rujukan untuk menilai usaha kerajaan tempatan. Manakala, pembangunan masyarakat dan usaha memperbaiki kehidupan rakyat perlu diutamakan ketika menilai usaha kerajaan dan pegawai tempatan.

Pada akhir sidang media tersebut, Wen Jiabao tidak lupa untuk mengucapkan takziah kepada mangsa yang terkorban akibat bencana gempa dan Tsunami di Jepun. Kata beliau, China bersedia terus memberikan bantuan kepada Jepun untuk menangani bencana.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China