Cari:
Masjid Dapiyuan, Xi'an
2011-04-13 16:34:18 CRI Cetak

Masjid Dapiyuan Xi'an dibina pada zaman Dinasti Ming semasa pemerintahan Maharaja Yongle, iaitu 1411 Masihi. Tokoh Islam tempatan, iaitu encik Ma Daozhen telah menghulurkan modal untuk membina masjid tersebut.

Dalam sejarah beratus-ratus tahun, beberapa bangunan masjid ini, termasuk dewan sembahyang, pernah meruntuh akibat kekurangan pemeliharaan. Selepas Republik Rakyat China ditubuhkan dan pelaksanaan dasar bebas beragama, masjid ini dapat dibaikpulih melalui usaha bersama kerajaan dan penduduk tempatan. Selain dewan sembahyang, kemudahan-kemudahan lain seperti bilik wuduk dan menara azan juga telah dibaikpulih atau dibina semula. Sementara itu, banyak artifak seperti batu bersurat yang mecatat sejarah masjid tersebut juga dipelihara dengan baik.

Sekarang ini, Masjid Dapiyuan luasnya mencecah lebih daripada 1,610 meter persegi. Manakala, keluasan dewan sembahyang mencapai 354 meter persegi. Bangunan dalam masjid tersebut dibina berdasarkan seni bina tradisional China. Pokok, tumbuhan dan bunga ditanam di halaman masjid sehingga kelihatan seperti taman.

Artifak yang disimpan dalam masjid ini termasuklah 51 buah buku kitab bahasa Arab dan sebuah perdupaan gangsa zaman Dinasti Ming.

Add: No.108 Lorong Dapiyuan, Daerah Lianhu, bandar Xi'an

Tel: +86-29-87313481


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China