Cari:
Masjid Daxuexixiang
2011-04-13 16:35:19 CRI Cetak

Bandar Xi'an pernah menjadi ibu negara China pada zaman Dinasti Tang pada 618 hingga 907 Masihi. Selain daripada kota istana, iaitu tempat penginapan Maharaja dan tempat letaknya pelbagai jabatan pentadbiran kerajaan, kawasan yang lain di bandar Xi'an telah dibahagikan kepada beberapa "Fang" yang tersusun atur yang serupa papan catur. "Fang" yang didiami penduduk orang Islam dikenali sebagai "Huifang" yang selalunya mengeliling sesebuah masjid. Jadi, beberapa buah masjid, sama ada kecil atau besar, terdapat di kawasan kediaman orang Islam bandar Xi'an sehingga masa ini. Antara semua masjid di kawasan tersebut, Masjid Huajuexiang yang juga dipanggil Masjid Besar Xi'an dan Masjid Daxuexixiang merupakan dua masjid yang terkenal dan terkuno di bandar Xi'an.

Lorong di mana Masjid Daxuexixiang terletak dinamakan Daxuexixiang sebab orang Islam yang bermastautin di tempat ini rajin belajar. Sebagai penghijrah mereka belajar undang-undang, peraturan, dasar pemerintahan Dinasti Tang dan adat resam etnik Han yang dianggap penduduk asli. Menurut catatan tertulis pada batu bersurat yang dikesan dalam Masjid Daxuexixiang, masjid ini dibina pada tahun 705 Masihi yang merupakan masjid terkuno di Xi'an. Pada mulanya, masjid ini dinamakan masjid Qingjiaosi dan kemudian namanya telah beberapa kali berubah sehingga mendapat nama sekarang ini, iaitu Masjid Daxuexixiang. Bangunan dalam masjid ini dipelihara dengan baik kerana mendapat pembaikan yang sempurna pada beberapa dinasti selepas zaman Dinasti Tang. Walaupun masjid ini tidak sebesar seperti Masjid Besar Xi'an, namun kemudahannya disediakan dengan sempurna.

Astaka Xingxin (bermaksud kaji diri) merupakan salah satu bangunan utama dalam masjid tersebut. Menurut batu bersurat yang dikenali "Batu Bersurat Cheng Ho" di masjid ini, astaka tersebut pernah dibina semula oleh Laksamana Cheng Ho (Sampo Kong) setelah beliau empat kali mengetuai armada mengunjungi Asia Tenggara pada awal zaman Dinasti Ming, iaitu kira-kira 1403 hingga 1424 Masihi.

Add: No.94 Lorong Daxuexixiang, Daerah Lianhu, bandar Xi'an

Tel: +86-29-87273920


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China