Cari:
Masjid Kuno Sajinqiao
2011-04-13 16:36:18 CRI Cetak

Masjid Kuno Sajinqiao juga dikenali masjid utara. Kononnya, masjid ini bersejarah selama kira-kira 700 tahun, namun tahun masjid tersebut dibina belum ditetapkan sebab kekurangan catatan sejarah. Cerita tentang masjid ini hanya disebarkan oleh penduduk tempatan dengan mulut ke mulut secara turun-temurun. Sekarang ini, kebanyakan jemaah masjid ini ialah penduduk dari kawasan sekitar Jalan Sajinqiao seperti Jalan Damaishijie, Jalan Miaohoujie dan Lorong Xinsixiang.

Saudara mungkin berasa hairan ketika masuk ke masjid tersebut kerana walaupun masjid ini dikenali masjid yang kuno, tetapi bangunan masjid ini kelihatan baru dan dewan sembahyang utama masjid ini bukan memperlihatkan seni bina tradisional China pada zaman purba, sebaliknya seni bina Arab. Sebenarnya, bangunan masjid ini telah runtuh kecuali pintu gerbang dan sebatang pokok. Kononnya, pokok yang sudah berusia selama beberapa ratus tahun itu ditanam oleh imam besar yang pertama masjid tersebut.

Masjid Kuno Sajinqiao terletak tidak jauh daripada Masjid Barat Sajinqiao. Kedua-dua masjid ini terletak di sebatang jalan yang sama, iaitu Jalan Sajinqiao, yang terletak di kawasan meriah kota Xi'an.

>>Panduan Jalan ke Masjid Kuno Sajinqiao, Xi'an:

Dari Gerbang Gendang, tanda mercu bandar Xi'an mengikut Jalan Barat Besar (Jalan Xidajie) menuju ke arah barat, kira-kira satu kilometer, sampai persimpangan jalan. Jalan di sebelah kanan kita ialah Jalan Damaishijie. Kita terus berjalan kira-kira 400 meter mengikut Jalan Damaishijie sehingga melihat pintu masuk Masjid Barat Sajinqiao, kemudian terus berjalan mengikut jalan tersebut menuju ke utara sampai melihat pintu Masjid Kuno Sajinqiao yang terletak kira-kira 100 meter dari Masjid Barat Sajinqiao.

Bus No.218、612 (Stesen Gulou "bermaksud gerbang gendang")

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China