Cari:
Masjid Jianguoxiang, Xi'an
2011-04-13 16:41:45 CRI Cetak

Masjid Jianguoxiang terletak di Lorong Jianguo, daerah baru bandar Xi'an. Ia juga dikenali sebagai "Masjid Timur".

Masjid ini dibina pada tahun 1939 oleh penduduk Islam tempatan dan mempunyai reputasi tinggi di Xi'an. Ramai tokoh terkemuka agama Islam dari seluruh China pernah menjadi Imam Besar masjid tersebut.

Aktiviti keagamaan tidak pernah berhenti dalam masjid tersebut walaupun mengalami peperangan dan pergolakan masyarakat sebelum Republik Rakyat China ditubuhkan pada tahun 1949. Setelah dasar bebas beragama khususnya dasar pembaharuan dan buka pintu dilaksanakan di China, masjid ini dapat dibaikpulih menjadi lebih sempurna. Dewan sembahyang yang dapat menampung lebih ramai jemaah telah dibina.

Pada beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan baru bandar Xi'an telah diwujudkan untuk memenuhi keperluan pembangunan bandar Xi'an. Maka, Masjid Jianguoxiang juga dipindah ke tempat yang tidak jauh daripada tempat asalnya. Masjid yang siap dibina pada tahun 2004 itu seluas lebih 2,200 meter persegi. Para jemaah di masjid tersebut dapat menikmati suasana yang lebih sempurna.

Ba Jian'en, Imam Besar Masjid Jianguoxiang

Imam Ba Jian'en belajar ajaran Islam di bandar Zhengzhou, ibu kota provinsi Henan dan mula menjadi imam masjid pada tahun 1990. Beliau menjadi imam besar Masjid Jianguoxiang pada tahun 2006 dan pertama kali menerbitkan majalah "Daohang" (bermaksud panduan dalam bahasa Mandarin) dalam tempoh perkhidmatannya.

Add: No.62 Lorong Jianguo, daerah baru, bandar Xi'an

Tel: +86-29-87413825

>>Panduan Jalan ke Masjid Jianguoxiang

Bus No.702 (Stesen Dongxinjiedongduan)

Bus No. 309、706、710、903 (Stesen Dongxinjie)

Bus No. 32、502 (Stesen Shangqinlu)

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China