Cari:
Masjid Xiaopiyuan, Xi'an
2011-04-13 16:42:48 CRI Cetak

(Imam Besar Masjid Xiaopiyuan, Ma Yunting memperkenalkan hiasan kaligrafi pada dinding dalam dewan sembahyang)

Imam besar masjid ini ialah Ma Yunting (Mohamed Fudail), 49 tahun. Beliau sudah bertugas sebagai imam Masjid Xiaopiyuan selama lebih 20 tahun. Beliau dilahirkan dalam keluarga yang beragama Islam. Imam Ma menceburkan diri dalam bidang agama Islam kerana dipengaruhi ayahnya yang juga pernah menjadi imam besar Masjid Xiaopiyuan.

Beliau belajar ilmu agama Islam di Beijing, provinsi Qinghai dan Gansu serta Wilayah Autonomi Hui Ningxia. Pada tahun 1999, Imam Ma yang ketika itu berumur 36 tahun telah melanjutkan pembelajarannya di Universiti Al-Azhar di Mesir.

Masjid Xiaopiyuan mempunyai reputasi tinggi sama ada di dalam negeri, mahupun di arena antarabangsa. Oleh itu, ramai pengunjung negara asing melawat ke masjid tersebut dan menjadi kawan baik dengan Imam Ma. Antaranya, termasuklah kawan-kawan dari Malaysia. Pada tahun 2006, Syahadah TV Crew Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah membuat liputan di Masjid Xiaopiyuan. Selain itu, mahasiswa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia telah melawat ke masjid ini untuk mengkaji artifak Islam yang terdapat dalam masjid ini pada beberapa bulan yang lalu.

Add: Lorong Xiaopiyuan, Daerah Lianhu, bandar Xi'an

Tel: +86-29-87339138

>>Panduan Jalan ke Masjid Xiaopiyuan, Xi'an:

Sekiranya kita berjalan kaki dari Jalan Huimin (bermaksud etnik Hui) di belakang Gerbang Gendang, kita boleh berjalan hingga penghujung jalan tersebut, (boleh melihat pintu masuk ke ibu pejabat kerajaan Xi'an) berbelok ke kiri, kemudian berbelok ke kanan pada persimpanan yang pertama, dan terus berjalan sehingga melihat papan penunjuk yang tertulis "Masjid Xiaopiyuan" di tangan kiri.

Bus yang sampai ke Jalan Huimin:

Bus No.702、707 (Stesen Shizhengfu "bermaksud kerajaan bandar Xi'an")

Bus No.218、612 (Stesen Gulou "bermaksud gerbang gendang")


1 2
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China