Cari:
Masjid Xiaoxuexixiangzhongsi, Xi'an
2011-04-13 16:43:22 CRI Cetak

Masjid Xiaoxuexixiangzhongsi, Xi'an terletak di sebelah barat Masjid Daxuexixiang. Lorong Xiaoxuexixiang jauh dari kesibukan. Jadi, jarang terdapat pengunjung luar melawat ke masjid tersebut. Dewan sembahyang dalam masjid ini bergaya seni bina tradisional China yang serupa seperti istana dan diperbuat daripada kayu. Selain itu, terdapat sebuah bangunan bertingkat dua di selatan dewan sembahyang. Selain satu lagi dewan sembahyang, beberapa kemudahan yang lain seperti pejabat imam, bilik mesyuarat dan perpustakaan juga disediakan dalam bangunan yang kelihatan lebih baru ini.

Dewan sembahyang untuk muslimat disediakan di sebelah utara halaman masjid ini.

Terdapat satu lagi masjid di lorong tersebut, iaitu Masjid Xiaoxuexixiangyinglisi. Masjid ini dikenali masjid "Yingli" yang bermaksud "masjid dalam tangsi askar". Terdapat dua pendapat yang berlainan mengenai masa membina masjid tersebut. Salah satu pendapat ialah masjid ini dibina pada zaman Dinasti Tang, kira-kira 755 hingga 762 Masihi. Askar Muslim yang bermastautin di Chang'an (iaitu Xi'an sekarang ini), ibu negara zaman Dinasti Tang, telah membina masjid ini untuk berjemaah. Satu lagi pendapat ialah masjid ini dibina pada zaman Dinasti Yuan (1206-1368) untuk memenuhi keperluan askar Muslim yang bermastautin di Xi'an. Namun, kedua-dua pendapat tersebut kekurangan bukti catatan sejarah. Hanya terdapat catatan yang menunjukkan zaman Dinasti Qing semasa pemerintahan Maharaja Qianlong, iaitu 1736 hingga 1795 Masihi yang ditulis pada sebuah papan yang digantung pada pintu gerbang masjid ini.

Add: Lorong Xiaoxuexixiang, Daerah Lianhu, bandar Xi'an

Tel: +86-29-87212700

>>Panduan Jalan ke Lorong Xiaoxuexixiang, Xi'an:

Sekiranya kita berjalan kaki ke lorong Xiaoxuexixiang, kita boleh berjalan dari Jalan Huimin (bermaksud etnik Hui) dan berbelok ke Jalan Xiyangshi yang terletak di sebelah kiri Jalan Huimin. Kita terus berjalan kira-kira 900 meter dan boleh melihat papan penunjuk "Xiaoxuexixiang" di selatan tepi jalan. Kemudian, berbelok ke lorong Xiaoxuexixiang dan berjalan kira-kira 200 meter hingga melihat pintu masuk Masjid Xiaoxuexixiangzhongsi.

Selain itu, lebih senang untuk sampai Masjid Xiaoxuexixiangzhongsi sekiranya berjalan dari Masjid Daxuexixiang kerana kedua-dua masjid tersebut saling berdekatan. Terdapat pintu di tepi dewan sembahyang Masjid Daxuexixiang yang menuju ke Masjid Xiaoxuexixiangzhongsi.

Bus No.4、7、15、23、201、221、300、612、k630(Stesen Duchenghuangmiao)

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China