Cari:
Muhyiddin Mahu Mantapkan Hubungan Malaysia-China Melalui Bahasa
2011-04-22 17:22:47 CRI Cetak











Semangat persahabatan dan persaudaraan yang telah sekian lama dijalinkan antara Malaysia-China perlu terus dipupuk dan diperkukuhkan menerusi kerjasama ekonomi, pendidikan dan kebudayaan. Demikian dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pelajaran semasa mengunjungi Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU).

Beliau turut memberikan penghargaan yang tinggi kepada BFSU yang memberikan tumpuan istimewa kepada pengajian bahasa Melayu, sehingga universiti ini menjadi pusat pengembangan bahasa Melayu yang terunggul di China sejak mula menawarkan jurusan bahasa Melayu pada tahun 1961.

Timbalan Perdana Menteri juga berpeluang untuk berinteraksi dengan pelajar yang mengikuti jurusan bahasa Melayu dan lebih 100 orang pelajar dari Malaysia yang mengikuti pengajian bahasa Mandarin di universiti tersebut. Beliau mengalakkan pelajar China dan Malaysia yang mengusai bahasa dan mengetahui kebudayaan kedua-dua negara menyumbang kepada hubungan dan kerjasama dua hala pada masa akan datang.

Sesi interaksi ini diserikan dengan persembahan oleh pelajar dari kedua-dua negara, termasuk tarian tradisi Melayu, puisi dan lagu yang disampaikan dalam bahasa kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China